Jurnal Hartanah Day 95

PERJALANAN KITA TAK SAMA

Dalam kehidupan ini, setiap orang akan menemui berbagai ujian dan rintangan hidup. Bentuk ujian ini juga berbagai-bagai versi ujian yang sememangnya berbeza.

Takkurang juga, ada yang mengeluh akan beratnya rintangan hidup yang sedang kita hadapi. Apalagi jika kita melihat bagaimana orang sekeliling bergerak lebih maju dan ke hadapan tanpa hambatan yang menyulitkan mereka.

Padahal, sebelum mendapatkan kemudahan, mereka juga berjuang menghadapi rintangan mereka sendiri. Dah selalu berkongsi berkisarkan ilmu-ilmu dan fakta hartanah, apa kata kali ini kita ikuti perkongisan dari laman facebook Faizul Ridzuan.

  • Ada yang lahir selesa dan kaya, dan ada yang lahir miskin. ( ibu saya pernah waktu mengandung makan sekali sehari sahaja)
    .
  • Ada yang datang dari keluarga yang mampu hantar anak belajar ke luar negara, dan ada yang datang dari kekuarga yang tak mampu nak bayar yuran untuk belajar di UiTM yang setahu saya uni paling murah kat Malaysia. Dan kalau tiada PTPTN memang keluarga saya tak mampu nak bagi saya belajar di university Malaya.
    .
  • Ada yang bokeh fokus belajar dgn selesa tanpa perlu fikir masalah wang sebab kemampuan kewangan keluarga cukup. Ada yang kena buat 1-2 kerja sambil belajar untuk bayar duit belanja dan duit motor macam saya waktu belajar.
    .
  • Ada yang graduate sahaja sudah dapat kerja elok kerana ada ibu bapa berpengaruh dan kabel. Ramai je yang struggle dapat kerja elok dan dibayar bawah harga pasaran kerana tiada pengalaman mcm saya bermula dgn gaji RM600 walupun ada degree.
  • Ada yang macam saya pernah kena gelak waktu masuk kerja sebab pergi kerja naik motor walaupun jawatan manager dekat bank sebab yang lain semua dapat kereta sebagai hadiah bila mula bekerja.
    .
  • Ada yang dapat hadiah rumah sebijik sebab kahwin. Ada yang ibu bapa bantu bayar bayaran muka bila beli rumah. Tapi ramai sahaja macam saya yang kena guna iktiar sendiri untuk beli rumah sendiri sebab tiada bantuan dari keluarga.
    .
    Saya sangat bersyukur tidak dilahirkan dalam keluarga berada. Sebab dapat rasa bertapa susahnya nak naikkan taraf hidup dari B40 ke T1. Dapat berdikari, belajar kenapa kena kerja keras, jadi lapar cari ilmu dan pernah susah.
    Jadi bila ada ujian, kita rileks sahaja sebab kita dah tahu ujian ni sebenarnya nak bagi peluang kita belajar dan berkembang jadi lebih baik.
    .
    Dan kepada kawan-kawan yang mungkin hari ni sedang struggle, percayalah kita boleh ubah nasib kita dengan ilmu dan usaha. Waktu susah kita tahu benda tu takkan kekal lama, dan waktu senang pun kita tahu benda tu takkan kekal selamanya dan kita hilangkan rasa bangga dan riak.
    Dan kalau kita sedang okay dan nampak kawan lain tengah struggle, bagi semangat dan sokongan pada mereka.
    We dont know the battles they are fighting, and its better to be kind than to be right 🙏❤️
    .
Mungkin imej 1 orang dan teks yang berkata 'After 6 months homeless & jobless. now have a new apartment, car and a job in a call center. And did it on my own. So proud of myself.'

‘-

Ringkasnya, perjalanan setiap orang itu berbeza. Berkat ilmu dan usaha menjadi penggerak kepada usaha untuk mengubah nasib kita. Lebih teguh kita merancang dan mengaplikasikan ilmu yang dipelajari, jalan kita menjadi lebih mudah.

Oleh itu, usahalah sehabis baik untuk mantapkan ilmu. Ya, biar kawan-kawan yang sudah lahir dengan sudu emas melancong sana sini, doakan suatu hari rezeki kita pulak.

Teruskan usaha. Semuanya akan membuahkan hasil. Semoga berjaya!

Sumber: Facebook Faizul Ridzuan

Leave a comment

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

The Masking Maven

Indulging in the world of sheet mask.

Beli Hartanah Tanpa Modal

Bukan hartanah yang membuatkan kita kaya, tetapi ILMU tentang hartanah yang menjadikan kita kaya.

Empiris ESM

Bisnes | Sains Kekayaan | Magnet Wang | 13 Aset | Minda Infiniti

Chempaka Saffiyah

Inspirasi Membina Kejayaan

Empayar Hati

Menjadi Kaya, Menjadi Bahagia, Mendapat Redha, Mendapat Berjaya.

Hidup Magik

Living in Abundance Dunia Akhirat

Usahawan Bijak

Tips Pengurusan Kewangan untuk Pemilik Bisnes

Discover WordPress

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

The Atavist Magazine

Bukan hartanah yang membuatkan kita kaya, tetapi ILMU tentang hartanah yang menjadikan kita kaya.

Design a site like this with WordPress.com
Get started