Jurnal Hartanah Day 91

10 TIPS MEMBELI RUMAH TERES

Dalam banyak-banyak rumah, rumah apa yang menjadi idaman kalbu?

Jeng jeng jeng…rata-rata mendapati, mestilah rumah teres. Tanyalah mana-mana rakyat Malaysia, beli rumah teres pasti akan menjadi matlamat rumah nombor satu.

Meskipun pemaju semakin banyak membina rumah high-rise, permintaan terhadap rumah teres masih lagi kekal tinggi. Lebih-lebih lagi, pembeli yang terdiri daripada yang sudah berkeluarga.


Nak beli tu satu hal, masa membeli rumah teres, ramai orang tak tahu tips-tips memilih unit terbaik. Ada yang main pilih sahaja.

Kenapa pilih unit tersebut pun, tak tahu. Yang penting rumah teres, katanya. Jangan begitu korang, kita ambil tindakan mestilah bersebab, lagi-lagi yang memakan duit poket agak banyak seperti rumah teres.

Jangan pening-pening dan rusnsing. Saya dah listkan kat bawah ni tips-tips untuk membeli rumah teres. Baca sampai habis tau!

  1. Pilih unit yang tak ada rumah lain di depan
  • Jika boleh dan berkemampuan, anda digalakkan untuk memilih unit rumah teres yang tak ada rumah lain di depan.
  • Contohnya: rumah teres yang hadapannya ada tanah lapang, taman atau sempadan.
  • Biasanya unit rumah sebegini memang sedikit mahal. Tapi ruang yang luas di depan rumah anda akan memudahkan tetamu anda untuk parkir.

2. Pilih unit yang jauh dari jalan utama

  • Sehabis baik, pilih unit rumah yang berjauhan daripada jalan utama yang sibuk dengan kenderaan.
  • Sebaliknya, jika anda ingin memeli shoplot. Seboleh-bolehnya kita nak shoplot kita dekat dengan jalan utama.

3. Pilih taman perumahan yang jauh dari laluan utama

  • Sebelum buat keputusan beli, kaji dahulu jalan-jalan yang menjadi laluan utama masuk dalam taman perumahan anda.
  • Dalam hal ini, elakkan membeli rumah di taman perumahan yang berdekatan dengan jalan utama yang sibuk dengan kenderaan. Hal ini disebabkan kerana dikhuatiri keselamatan anak-anak kita terancam dengan kenderaan yang lalu-lalang.

4. Ada hanya satu jalan keluar masuk

  • Hal ini sangat penting kerana ia menjamin keselamatan rumah teres yang anda beli.
  • Tambahan pula, taman perumahan yang ada banyak jalan keluar masuk memudahkan akses penjenayah dan menyukarkan usaha sekuriti menjaga keselamatan.

5. Mempunyai kawalan sekuriti 24 jam

  • Ramai yang terlepas pandang hal ini kerana menyangkakan semestinya pembelian rumah sudah siap sedia dengan kawalan sekuriti.
  • Tak dinafaman, perumahan yang dilengkapi dengan kawalan sekuriti 24 jam lebih selamat.
  • Faktor ini perlu dititikberatkan kerana kadar jenayah semakin meningkat setiap tahun – lebih-lebih lagi di kawasan pinggir bandar.
  • Seterusnya, kehadiran sekuriti turut akan menaikkan nilai rumah pada jangka masa yang panjang.

6. Kemudahan clubhouse

  • Dapat diperhatikan, sejak kebelakangan ini, semakin banyak pemaju membina kemudahan sampingan seperti clubhouse, kolam renang dan lain-lain di taman perumahan.
  • Kemudahan ini mungkin membuatkan rumah jadi mahal, namun ia juga menjamin nilai rumah kekal tinggi jika anda berhasrat untuk menjual pada masa akan datang.

7. Pilih unit yang mempunyai tandas dalam bilik

  • Apabila melihat ke rumah contoh, terdapat sesetengah unit rumah mempunyai tandas di dalam bilik.
  • Bahkan, ada juga yang berada di luar bilik.
  • Sebaik-baiknya pastikan rumah anda mempunyai satu ruang bilik yang mempunyai tandas di dalamnya untuk kegunaan anak perempuan yang memerlukan lebih privasi dan tidak perlu keluar masuk bilik semata-mata ingin ke tandas.

8. Pilih unit corner lot

  • Macam dah sinonim dengan masyarakat kita, bila beli rumah teres, unit corner lot pasti menjadi rebutan.
  • Kadang-kadang orang sanggup beli rumah teres corner lot mahal-mahal berbanding beli rumah semi-D.
  • Semuanya sebab kelebihan yang tiada di unit selain corner lot iaitu tanah tambahan.
  • Ia juga sesuai untuk dijadikan ruang bercucuk tanam atau riadah.

9. Dekat dengan masjid atau surau

  • Sebagai orang Islam, pastikan taman perumahan yang kita nak beli mempunyai kemudahan masjid atau surau yang berdekatan. Lebih-lebih lagi buat yang gemar solat berjemaah.
  • Akan tetapi, jika anda risau dengan kesesakan semasa solat Jumaat, elakkan pilih unit rumah yang berada terlalu dekat dengan masjid.

10. Periksa kewujudan serangga perosak

  • Mengambil kira tentang faktor bahawa rumah teres ini berada pada aras tanah, adalah penting untuk anda periksa jika terdapat kewujudan serangga perosak biarpun sedikit.
  • Contohnya seperti semut, anai-anai, tikus, nyamuk dan ulat gonggok. Jika ada, elakkan beli.
  • Jika anda tiada pilihan lain, pastikan anda melabur sejumlah wang untuk kos untuk kerja-kerja menghalau makhluk perosak ini.

Jadi, bagaimana? Sudah yakin untuk membuat pembelian rumah teres anda?

Hakikatnya, rumah teres mungkin agak mahal dalam pasaran hartanah Malaysia sekarang. Akan tetapi jika anda berkemampuan, ia boleh menjadi ‘syurga’ untuk keluarga anda – terutamanya jika mematuhi 15 tips di atas.

Kalau korang pulak, aspek mana yang paling dititikberatkan. Haa…cer kongsi di ruangan omen di bawgh.

Sehingga bertemu lagi.

brown wicker chairs and table

Leave a comment

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

The Masking Maven

Indulging in the world of sheet mask.

Beli Hartanah Tanpa Modal

Bukan hartanah yang membuatkan kita kaya, tetapi ILMU tentang hartanah yang menjadikan kita kaya.

Empiris ESM

Bisnes | Sains Kekayaan | Magnet Wang | 13 Aset | Minda Infiniti

Chempaka Saffiyah

Inspirasi Membina Kejayaan

Empayar Hati

Menjadi Kaya, Menjadi Bahagia, Mendapat Redha, Mendapat Berjaya.

Hidup Magik

Living in Abundance Dunia Akhirat

Usahawan Bijak

Tips Pengurusan Kewangan untuk Pemilik Bisnes

Discover WordPress

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

The Atavist Magazine

Bukan hartanah yang membuatkan kita kaya, tetapi ILMU tentang hartanah yang menjadikan kita kaya.

Design a site like this with WordPress.com
Get started